Mengenali Pinjaman Koperasi KOPUTRI
Pinjaman peribadi koperasi ini ditawarkan oleh Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI). KOPUTRI mula beroperasi sejak 2006 dengan menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan. KOPUTRI didaftarkan di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terhad.
Apakah pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI? Adakah pinjaman ini berkonsep Syariah?
Pinjaman peribadi koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI) adalah pinjaman peribadi tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini. Pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI adalah berkonsep Syariah.
Anda boleh mohon pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI untuk bantu anda selesaikan pinjaman tertunggak atau membersihkan rekod kredit negatif dengan pinjaman bertindih (overlap). Selain itu anda juga boleh gunakan pinjaman ini untuk beli kenderaan, ubahsuai rumah, memulakan atau meluaskan perniagaan, bayar bil perubatan dan lain-lain.
Saya mempunyai komitmen luar slip gaji yang tinggi. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?
Pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI tidak akan mengirakan komitmen luar anda. Contohnya seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman rumah dan lain-lain. Jadi anda boleh mohon pinjaman koperasi KOPUTRI walaupun ada komitmen luar slip gaji yang tinggi.
Saya ada masalah CCRIS/CTOS. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?
Untuk peminjam yang ada masalah rekod CCRIS, koperasi KOPUTRI menerima tetapi tunggakan melebihi 2 bulan perlu dijelaskan melalui pinjaman ini. Untuk rekod CTOS pula, amaun yang kurang daripada RM5,000 sahaja adalah layak untuk mohon pinjaman KOPUTRI. Pinjaman peribadi koperasi KOPUTRI juga menerima yang ada rekod Akaun Perhatian Khas (SAA – Special Attention Account) tetapi perlu dijelaskan terlebih dahulu.
Berapakah jumlah dan tempoh pinjaman yang boleh saya mohon?
Amaun pinjaman maksimum yang boleh dipinjam adalah RM100,000. Tempoh pinjaman adalah minimum 2 tahun sehingga maksimum 10 tahun.